Sewa motosikal Kuala Lumpur KL



Sewa kereta? Uber? Grab? Teksi? Mengapa bayar lebih jika anda boleh dapatkan perkhidmatan sewa motosikal?

Kini anda tidak perlu lagi bersesak-sesak di jalan raya dengan menyewa kereta di kawasan Kuala Lumpur?

Simpan duit anda dan gunakan untuk keperluan lain dengan penjimatan menyewa motosikal. Tujulah ke mana-mana destinasi di kawasan Kuala Lumpur tanpa tekanan.

Bandaraya Kuala Lumpur merupakan tempat tumpuan dan tarikan yang sentiasa pesat setiap hari dengan pelbagai pilihan pusat membeli belah, tarikan makanan dan pusat pekerjaan yang pelbagai.


Motosikal sangat sesuai jika digunakan oleh pelancong dan jika out station atas urusan sementara di kawasan Kuala Lumpur ini kerana kos yang rendah dan mudah untuk mengelakkan jem.

Jika anda mempunyai lesen memandu motosikal, anda layak mendapatkan perkhidmatan sewa motosikal ini.

Kami pemberi khidmat sewa motosikal amat berbesar hati menawarkan sewa motosikal kepada anda di kawasan Kuala Lumpur dengan harga patut. Kami turut juga menawarkan motosikal yang selesa untuk kegunaan harian seperti Kriss, Lagenda, Scooter, EX5 dan lain-lain jenis motosikal yang sesuai dengan setiap jenis pemanduan.

Asalkan anda tahu menjaga motosikal dan menunggang motosikal seperti hak milik anda sendiri, kami dengan tangan terbuka memberi perkhidmatan sewa motosikal kepada anda.

Kami menyediakan kelengkapan untuk anda yang mendapatkan sewa motosikal ini seperti helmet, insuran, mangga dan baju hujan jika ada.



Syarat-syarat:
  • Masa minimum sewa adalah 1 hari , 1 minggu, 2 minggu +- dan seterusnya 1 bulan.
  • Penunggang sendiri perlu mempunyai lesen motosikal.
  • Boleh digunakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya
  • Bayaran penuh sewa motosikal dan wang deposit mestilah dibayar semasa permulaan anda mengambil motosikal.
  • Motosikal mestilah dipulangkan semula dalam keadaan masih ada berbaki minyak sama seperti mula-mula anda menerima motosikal. Kami berhak kenakan cas tambahan jika kurang minyak.
  • Jika terdapat sebarang kecurian, kerosakan dan kemalangan semasa tempoh menyewa, anda perlu bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi.
  • Saman trafik dan lain-lain saman yang dikenakan oleh pihak berkuasa anda perlu bertanggungjawab sendiri.

Dokumen diperlukan semasa menyewa:

1. Salinan IC
2. Salinan Lesen Memandu 
3. Salinan Kad Pelajar (untuk pelajar)

RM10.00/jam jika hantar lewat.
Hubungi selewat-lewatnya 5 jam sebelum tempoh masa tamat jika ingin lanjutkan masa.
Dari semasa ke semasa syarat-syarat kemungkinan berubah.




Jadual harga sewaan

RM100 deposit (Akan diberikan semula apabila anda memulangkan motosikal tepat pada masa & mesti dalam keadaan baik)
RM 40 / sehari 
RM 220 / seminggu
RM 700 / sebulan

Lokasi: Terminal Bersepadu Selatan ( TBS ) 


Emel: sewamotokl@pja.my 

Rent motorcyle at Kuala Lumpur area here.